Monday 4 February 2013

#BNBagus Agihan BR1M 2.0 selesai akhir Februari #BN4Sepang


Kerajan Barisan Nasional terus mengotakan janji bersesuaian dengan slogan Janji Ditepati. Berbanding kerajaan Selangor sering gagal untuk menunaikan janji. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan kepada penerima hari ini di seluruh negara dapat diselesaikan akhir bulan ini.

Beliau berkata, pemberian kali kedua oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat khususnya yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
"Bantuan ini disampaikan secara berperingkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan, kita yakin hujung bulan ini semua akan selesai agihkan bantuan. Pada tahun ini, ditambah satu lagi kategori iaitu individu bujang yang dapat RM250.
"Diharap bantuan ini dapat ringankan beban kewangan penerima dan ini turut membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah mungkir janji, kita sentiasa mendahulukan rakyat, mahu rakyat dapat hidup dengan selesa, itu telah menjadi dasar pemerintahan kita sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, beliau menyampaikan cek BR1M 2.0 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) seluruh Pulau Pinang untuk diagihkan kepada penerima BR1M 2.0 di kawasan masing-masing di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua.
Katanya, di Pulau Pinang, terdapat 416,000 penerima BR1M 2.0 melibatkan peruntukan RM183.6 juta dan daripada jumlah itu, 115,000 orang adalah penerima bagi kategori orang bujang.
"Jumlah penerima BR1M 2.0 meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta," katanya.
Tahun ini, katanya, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.
BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013.
Sementara itu, Nor Mohamed berkata, pemberian BR1M 2.0 juga membuktikan bahawa kerajaan BN mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan keuntungan yang diperoleh diagihkan secara adil kepada rakyat.
"Kerajaan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu hidup rakyat, tidak banyak negara lain yang mengambil langkah seperti dilakukan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Bukti #BNBagus. 7.3 juta rakyat terima BR1M 2.0 - #BN4Sepang



Kegagalan pembangkang menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 2008 serta ketidakmampuan melaksanakan amanah rakyat jelas memperlihatkan ciri munafik dalam pakatan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang bukan sahaja gagal menunaikan setiap janji yang dibuat walaupun memerintah empat negeri, tetapi paling memalukan menganggap manifesto bukan janji.
Menurutnya dalam Islam, ciri-ciri orang munafik adalah tidak menunaikan janji yang dibuat dan hakikat tersebut sedang dilakukan pakatan pembangkang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan.
Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kerajaan bukan sahaja berjaya melakukan transformasi tetapi juga menunaikan setiap janji yang dibuat.
Terbaharu kata beliau, sebagaimana dijanjikan, sebanyak 7.3 juta rakyat yang layak akan mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM500 setiap seorang mulai hari ini selepas diumumkan dalam pembentangan Bajet 2013 lalu.
"Tanya golongan ibu tunggal di Selangor, mana elaun untuk mereka (pakatan pembangkang) yang dijanjikan? Mana janji nak turunkan cukai pintu? Tanya penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Apa sudah jadi? Yang tinggal sekarang cuma buah pala.
"Manifesto pilihan raya adalah janji kepada rakyat tetapi Menteri Besar Selangor, (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) boleh kata itu bukan janji. Dalam Islam tidak tepati janji dan tidak amanah adalah ciri-ciri munafik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan kira-kira 15,000 penduduk Ampang dan Pandan sempena pelancaran BR1M 2.0 peringkat nasional di Ampang.
Sempena majlis tersebut, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima daripada 10,000 orang yang melibatkan Parlimen Ampang dan Pandan sebagai simbolik pelancarannya.
Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian BR1M mampu diteruskan kerajaan kerana sistem urus tadbir ekonomi yang baik dan bukan melalui kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti didakwa pembangkang.
Beliau yang menyelar dakwaan itu sebagai tidak berasas dan tiada fakta berkata, negara mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus pada tahun lalu iaitu jauh lebih baik berbanding prestasi ekonomi di negara-negara maju lain.
"AES hanya saman orang yang memandu melebihi had laju. Orang yang ikut peraturan tidak disaman, malah kita sedang tangguh pelaksanaan tetapi pembangkang tuduh pemberian BR1M adalah hasil AES. Ini tidak berasas sama sekali.
"Kita mampu bagi kerana ekonomi mantap, tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip hasil hampir RM125 bilion iaitu rekod tertinggi dan kita salur sebahagian kepada rakyat melalui BR1M," katanya.
PS : Penyerahan voucher BR1M 2.0 di Sepang akan bermula esok 5/2/2013 di Dengkil. 

Sunday 3 February 2013

SIAPA KATA BN KETEPIKAN KAUM LAIN..???? #BN4Sepang

Penyampaian motorsikal kepada OKU oleh ADUN Tg Sepat .

Penyerahan Bantuan sempena Hari Raya Cina oleh Ahli Parlimen & ADUN

Penyerahan sumbangan rumah ke rumah..
















PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA CINA OLEH YB DATO IR MOHD ZIN MOHAMED, AHLI PARLIMEN SEPANG & YB DATO' DR HJ KARIM B MANSOR, ADUN KAWASAN TG SEPAT.

JOM kongsi raya..!!!

BN terus menjuarai rakyat.. Sumbangan sempena Hari Raya Cina yg bakal tiba minggu depan. pemimpin terus turun padang tanpa mengira kaum..

aman nya Sepang di bawah pemerintahan BN.. tidak pernah ketepikan mana-mana kaum.. Semoga keharmonian ini akan terus berkekalan di Sepang tanpa campurtangan anasir luar..